Monday, 3 December 2012

KONSTRUK 12 – (baca perenggan ayat)



1
Bapa baharu beli kereta.
Kereta itu berwarna merah.
Kereta ada empat roda.
Saya tolong bapa mencuci kereta.

2
Encik Osman seorang nelayan.
Encik Osman menangkap ikan.
Setiap hari dia pergi ke laut.
Dia pulang pada waktu petang.

3
Nenek tinggal di kampung.
Nenek ada dusun durian.
Apabila musim buah, saya balik kampung.
Saya suka makan buah durian.

4
Bapa Wani seorang doktor.
Bapanya bernama Doktor Yusof.
Dia ada sebuah klinik gigi.
Klinik bapa Wani dibuka setiap hari.


5
Faizal suka bermain gasing.
Gasingnya dibuat daripada kayu.
Dia bermain gasing di padang.
Dia bermain pada waktu petang.


6
Ini beg sekolah Nizam.
Beg sekolahnya berwarna hitam.
Beg itu baru dibeli oleh bapanya.
Nizam  sayangkan begnya.
7
Emak saya bernama Suraya.
Emak pandai memasak.
Masakan emak sangat sedap.
Emak memasak pada setiap hari.

8
Saya ada membela seekor ikan.
Ikan itu ialah ikan kaloi.
Saya letak ikan di dalam akuarium.
Saya luka lihat ikan berenang.

9
Ini sekolah saya.
Sekolah saya terletak di kampung.
Sekolah saya sangat bersih.
Kami selalu bergotong-royong.


10
Hari ini hari lahir saya.
Umur saya genap lapan tahun.
Bapa memberi hadiah.
Hadiah itu adalah sebuah basikal.

11
Hari ini hari Khamis.
Saya pergi sekolah seperti biasa.
Di sekolah saya belajar membaca.
Bacaan saya sangat lancar.

12
Minggu lepas saya pergi bercuti.
Saya pergi bersama keluarga.
Kami bercuti di Pulau Pinang.
Kami bercuti selama satu minggu.



13
Anak Mak Munah sakit.
Dia dimasukkan ke hospital.
Saya sekeluarga melawatnya.
Anak Mak Munah sangat gembira.

14
Saya mendapat nombor satu dalam kelas.
Emak belikan saya hadiah.
Hadiahnya adalah seutas jam.

15
Malik memelihara seekor kucing.
Kucingnya adalah kucing siam.
Bulunya berwarna putih.
Kucing itu cantik dan manja.

1 comment:

  1. Gambling Sites | Online Gambling, Casino & Gaming, Legal
    › gambling › gambling › online-gambling 동해 출장마사지 대구광역 출장마사지 › gambling › 천안 출장안마 online-gambling › 포커 족보 gambling › online-gambling 김제 출장안마

    ReplyDelete